Apakah cara menambat nafsu suami atau cara menambat hati suami anda ? Teknik apakah yang anda gunakan. Kalau banyak teknik yang anda telah anda cuba bolehlah sama-sama kita kongsikan. Kebanyakan isteri tercari-cari cara untuk puaskan suami mereka supaya suami sayang pada mereka. Namun dalam banyak-banyak teknik, teknik apakah yang berkesan. Adakah mereka menggunakan teknik sulit yang ramai orang tak tahu.
Apakah Cara Menambat Nafsu & Hati Suami
Buat isteri, anda tak perlulah nak cantik semata-mata sebab kehebatan anda di ranjang menjadikan anda sentiasa menawan di mata suami anda. Dalam erti kata lain anda mestilah hebat di ranjang dan menjadikan malam-malam anda seperti malam pertama.
Kajian menunjukkan antara punca keretakan rumah tangga dan membawa kepada penceraian ialah :
- Kelemahan dalam berkomunikasi sesama pasangan
- Kurang Mendengar, Terlampau Banyak Bercakap
- Tidak Bijak Mengurus Kewangan Keluarga Dan Diri Sendiri
- Mudah Mendekati Larangan Agama
- Tidak Ambil Berat Solat 5 Waktu
- Gagal Bertindak Cepat Selesaikan Konflik
- Masalah 'bilik tidur' dan kurang kepuasan
Seringkali para isteri terlupa bahawa suami juga perlu digoda. Jika dahulu suami anda bersusah payah menggoda anda sehingga ke jinjang pelamin, jadi apa salahnya jika sekarang ini anda pula menggodanya. Di sini diperturunkan beberapa tips untuk anda.
[+] Kongsikan Dengan Rakan Anda Cara Halus Memikat Lelaki
14 Tips Menggoda Suami Anda
Rajinkan diri untuk berhias
- Jangan hanya bersolek ketika berada di luar rumah sahaja. Bersoleklah ketika berada di rumah kerana semua suami suka melihat isteri yang sentiasa kelihatan cantik.
Memakai bauan atau wangian yang menyenangkan
- Anda memiliki koleksi minyak wangi? Jangan disimpan sahaja. Gunakannya kerana wangian mampu membangkitkan syahwat suami.
Mengenakan pakaian yang menerbitkan keghairahan suami
- Anda pernah memiliki 'Lingerie Dress'? Jika tidak, anda boleh membelinya dengan modal serendah RM10 sahaja. Selain itu, sehelai t-shirt dan sehelai kain batik juga mampu mengghairah suami.
Serlahkan sifat feminin anda
- Sifat lelaki dan wanita adalah berlawanan. Daya tarikan seorang wanita terletak pada sifat kewanitaan yang ada di dalam dirinya. Semakin feminin anda, semakin ghairah pula suami terhadap anda.
Bersikap sopan serta beradab
- Sebenarnya wanita yang memiliki sifat-sifat ketimuran lebih kelihatan seksi. Duduk bersimpuh, jalan memandang ke bawah serta kerap tersenyum malu memberikan isyarat 'saya masih terpelihara'.
Pastikan kamar tidur dalam keadaan yang kemas
- Masih ingat lagi kamar tidur anda pada malam pertama? Cuba usahakan supaya kamar tidur anda seperti itu.
Tidak mengungkit kelemahan suami
- Tiada manusia yang perfect. Mengungkit kelemahan hanya akan mengguris perasaan. Jika perasaan sudah terguris, segala nafsu menjadi mati.
Jangan mengeluh
- Anda penat? Duit tak cukup? Suami kurang membantu di rumah? Anda sebenarnya tidak perlu mengeluh, tetapi cubalah berkongsi apa yang anda harapkan kepada suami dengan cara berhikmah.
Bersikap terbuka
- Minta suami anda berterus-terang tentang diri anda. Anda juga boleh melakukan perkara yang sama terhadap suami anda. Sikap keterbukaan ini akan saling melengkapkan antara anda berdua.
Kerap memberikan pujian dan pengiktirafan
- Cari kelebihan yang ada pada suami anda dan iktirafkannya dengan pujian ikhlas anda. Sebagai contoh, jika suami anda hebat di ranjang, pujilah kehebatannya itu pada ketika itu juga. Pasti suami anda akan menghargainya.
Kerap sentuh tubuh badan suami
- Tidak menjadi kesalahan jika anda menyentuh suami anda. Anda boleh sentuh wajahnya, tangannya dan mana-mana anggota badan yang anda fikirkan sesuai untuk disentuh.
Penuhi kemahuan suami
- Tiada sebab untuk anda menolak kemahuan suami melainkan jika ianya menyalahi syara'. Sekiranya anda dapat memenuhi kehendaknya, dia akan lebih menyayangi anda.
Jadilah proaktif
- Jangan jadi seperti kayu. Seorang suami memerlukan seorang isteri yang dapat melakukan sesuatu perkara secara kerjasama. Jika anda aktif dan proaktif, anda dapat mencungkil semua kebolehan yang berada di dalam diri anda.
Berani melakukan inisiatif
- Jangan hanya menunggu suami. Anda juga perlu perlu memulakannya dengan ajakan yang menggoda. Buang segala sifat malu itu. Suami pasti akan lebih terangsang jika anda mulakannya dahulu.
Namun adakah itu sudah cukup? Adakah anda ingin tahu RAHSIA yang lebih SULIT dari itu? Rahsia bagaimana untuk menambat nafsu suami anda agar suami anda benar-benar puas dan hanya merindui anda seorang sahaja. Jika anda ingin memikat suami, pikatlah perutnya... Jika anda ingin menambat suami, tambatlah selera syahwatnya.
14 Tips Menambat Nafsu Suami yang saya senaraikan di atas adalah sebahagian sahaja. Jika anda ingin pelajari lebih banyak Rahsia Menambat Nafsu Suami Anda sila rujuk laman web berikut : Rahsia Memikat Suami
ps : ingin tahu lebih banyak rahsia suami isteri, baca laman web ini..